Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara Laksamana Pertama (Maritim) Tan Kok Kwee berkata semasa pasukannya mengadakan rondaan kira-kira 10 pagi, mereka mengesan tiga bot nelayan yang mencurigakan di perairan itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati bot-bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran, tiada dokumen perjalanan yang sah serta tiada permit menangkap ikan di perairan negara ini,” katanya pada sidang media di Pengkalan APMM di sini, pada Selasa.
Beliau berkata kira-kira 400 kilogram ikan ditemui dalam bot berkenaan, yang dipercayai untuk dipasarkan di Indonesia.
Kesemua awak-awak berumur antara 15 dan 47 tahun itu dan tiga bot berkenaan dibawa ke pangkalan APMM di Bukit Malut untuk tindakan lanjut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985. (Bernama.com).